Copyright © Blog Ustazah Adawiyah
Design by Dzignine
Sunday, February 15, 2015

PELAJARAN BAHASA ARAB TAHUN 4

ASSALAMUALAIKUM..MARHABAN BIKUM..
moga kalian semua dalam rahmat dan perlindungan Allah s.w.t. selalu..;)

Ok anak2.. utk mggu pertama sehinggalah mggu kelima ini, kita akan pelajari tentang 
" الأرقام والأعداد" yer...

haa...apa maknanya tu??
 الأرقام والأعداد = nombor/bilangan2. 
nak tau lebih lanjut,mari kita lihat intro di bawah ini. 


Bagi tahun 4, topik yg dipelajari bermula dari nombor 301 - 400.. di sini sy akan meletakkan beberapa contoh untuk kefahaman semua... Apabila nombor2 ditukar dalam bentuk perkataan, ia akan menjadi seperti berikut.

 baca dan fahamkan

Sedikit penerangan...contoh nombor 350 = ثَلاَثُمِائَةٍ وَخَمْسُونَ Apabila ditukar kpd perkataan ialah: 

300 =  ٍثَلاَثُمِائَة     

50 =  َخَمْسُون
         
 Jadi 300 + 50 =  350 (ََثَلاَثُمِائَةٍ وَخَمْسُونَ)

Baca penerangan di bawah, sama seperti contoh di atas: 
baca dan fahamkan
sekarang fahimtum am la'??ape yg penting murid2 mestilah wajib tahu dan hafal basic perkataan bagi nombor2 dalam bahasa arab.. barulah senang nk faham dan buat latihan ;) untuk mengukuhkan lagi kefahaman murid2, mari kita try uji minda sikit ok ^^ 

*lembaran kerja ini hendaklah dimuat turun terlebih dahulu..Sila tampal lembaran kerja ini dalam buku tulis Bahasa Arab.



suaikan nombor2 berikut dengan kalimah yang sesuai



jawapan akan dibincangkan bersama sy di dalam kelas yer..selamat maju jaya;)



0 comments:

Post a Comment